Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Saturday, December 31, 2011

Bila tengah Marah..

Salam..

korang pernah rasa tak perasaan marah yang melampau ?
sampai rasa nak je tumbuk.sepak.tendang.cubit. <--- cubit je?apa barang kan !

dan juga rasa-rasa lain seperti mahu menjerit sekuat hati dalam kata kasarnya "tengking" terhadap mereka-mereka yang mencabar kesabaran korang?

dan juga merasa ada asap dan debu yang keluar dari telinga seperti gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus ?

dan juga merasa ''eiii,,aku bunuh kang beruk sekor ni ! buat haku naik hangin je"

dan juga merasa seperti jantung korang 'bergoncang' kerana dihasut setan-setan durjana yang nak merosakkan akal waras korang dengan kelajuan yang semaksimum mungkin !

*bape banyak kali 'dan juga' ni? haihh~

dan akhirnya .............


 ini gamba aku cilok dr google !


hanya mampu melepaskan api kemarahan di dalam tandas kerana tiada siapa yang boleh mendengar melainkan apa yang ada dalam tandas ketika itu. apa pun tak boleh !

Astaghfirullah al-azim......Ya Allah..

huii.huii..itulah haku ketika kemarahan haku berada pada tahap moksya even haku tau marah itu akan memyebabkan stess dan hilang mood dgn serta merta !



ada macam rupa korang tak bila marah ? haha
hey,,semua ini adalah kenyataan dan haku yakin korang pernah alami situasi sebegitu dan sebegini.

dan apa yang perlu kita buat bila sedang marah ?


Saranan Agama .
Untuk meredakan marah yang disarankan agama,kita disarankan untuk duduk, mengatur nafas, berwudhu dan solat dan haku yakin korang semua tahu pasal yang ini.

Salurkan kemarahan dengan cara yang baik.
Energi ketika kita marah itu luar biasa besarnya kan,takut benda yang tak sepatutnya kita terbuat..
so,jalan yang terbaik seperti yang haku buat iaitu melepaskan geram di dalam tandas ! hahaha..
mudah kan ?

Ingat Allah swt.
Beristighfar banyak-banyak dan ingatkan diri kita yang Allah suka orang yang sabar. Ingatkan juga yang marah itu datangnya dari setan yang memang suka mengapi-apikan mereka yang bersaudara. Padamkan api marah itu dengan wudhu' dan bacalah Al-Quran. Jangan biar marah kita itu membakar kita dan orang lain tapi bakarlah setan yang memarakkan kemarahan kita itu.

 Wallahualam..
p/s - Ini sajalah yang dapat haku kongsikan even haku tahu bak kata orang cakap memanglah senang.
Tapi tang kita dah berhadapan sendiri dengan perasaan marah itu, tak tahulah yang kita ini kuat ataupun tidak kan.

Saturday, December 3, 2011

mudi seketika !

Salam..have a nice day !




Amik lesen memandu ? ini merupakan rancangan yang tersenarai dalam list aku sempena tahun baru islam ni.
aku tulis ni bukan nak menunjuk.okay!
aku pun tahu korang kat kuar tu semua dah ada lesen kan?kan?
aku je yang baru terhegeh-hegeh nak amik lesen.
perkara pertama dah lepas pada dua minggu lepas.
kelas selama 6jam tidak seperti yang dijanjikan iaitu 5jam shj.sangat mengharukan !
takpe barang yg lepas usah dikenang ! haha~

Next week nya nak terus amik ujian jpj komputer.
serious,aku study macam nak amik STPM tahun lepas.kusyuk bebeno.dah ready aku nak jawab soklan.
tiba masa cancel.postpone next week nya.aku pun dah malas nak pegang buku.mood nak baca dah takde.
so,,harini merupakan penentu segalanya.
balik keje.rehat lepas tu siap-siap.dah ada org jemput aku pun pergi.

...........................................................................

okay.cerita dipendekkan.

have a nice day lah untuk korang semua harini dan bukan untuk aku !
damnn !
kuci-kuciwa sungguh aku harini.takyah aku cakap korang faham sendiri lah.
aku senyap untuk harini dan hanya jari jemariku yang mulus dan tulus ni menaip meluahkan rasa hati.

so,disebabkan **** aku kene study balik benatang haram tu dan
harini aku nak share satu software ujian JPJ komputer. Memang bagus untuk korang yang nak amik lesen.
Test simulasi ni sangat best sebab ada jawapan sekali. Korang boleh la check tang mana yangg salah ye..
tak macam yang aku amik tadi. hapa pun tak boleh !
aku pun tak tahu tang mana yang aku salah..ntah-ntah cina tu saja nak dajal aku kott.
Manala tau aku punya jawapan semua betul kan? saja nak buat aku ****...adhoiii~

Ini hanyalah untuk suka-suki je. Pada mereka yang dah ada lesen nak jawab pon boleh.tak salah !
Apa lagi. Barang baek ni.. Jom Download. Heeee...



p/s - kalau aku **** lagi lepas ni. sah la aku ni bengap ! hahaha~ ^.^




horos-kope. selidik tarikh lahir ?

Salam .. hope korang semua dalam keadaaan sihat hendaknya yo ! :)

ni pasal horos-kope atau nama femesnya 'horoscope' yang tak berapa nak horoscope sangat..
aku ni memang kaki facebook.kalau sehari tak online memang tak lengkap hidup.ceiitt.yolah tu.mak percaya la sangat nyah !
so disebabkan aku ni kaki facebook, tangan facebook, muka facebook dan segala jadah facebook banyak info aku dapat walaupun kebanyakanya yang tak berapa nak bermanfaat ! haha ..


aku ni kira suka selidik sesuatu yang aku berkenan. suka like page-page orang dan aku ada online shop sendiri. tak femes sangat sebab tak buat advertisement even kawan aku sendiri pun baru je tahu..heee~
saja buat duit poket.tingkatkan pendapatan.
okay abaikan perenggan yang ini !

kembali pada 'peyelidikan'.
suka tengok kawan-kawan post kat wall fb dorang.
so,aku copy paste benda yang aku nak kongsi dengan korang iaitu Horos-Kope.
hehehe ^.^
jom baca.lau rajin tinggalkan la komen and jejak korang.
ada masa aku follow balik.okay.
lebiu <3<3<3 !


firstly,,korang pilih birth day korang jatuh pada no yang mana.
tapi yang pentingnya kene ingatla birth date korang sendiri.
mustahilla lau tak ingat kan. kerat jari aku ni ha !
lau tak faham lagi aku bagi contoh ;

21 JANUARY ===>  21  jatuh pada no 3 .


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.

2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

p/s - selamat mencuba ye kawan-kawan !  :)
        tapi kebanyakannya betul kalau dalam percent aku bagi 80% !
p/s - sapa-sapa yang dah try tu tinggalkan la komen korang  ya.
         if you drop comment, you are awesome ! hehe  ^.^


                                                                   

Thursday, December 1, 2011

aww ..budak comel ? siapakah dia ?

Salam .. have a nice day :)

entri kali ni nak update pasal budak yang sangat 'kiut miut'.
ini budak made in luar negara.no wonder la memang comel mcm saya !  eeuuuww~

Firstly,budak kecil adalah dikategorikan budak yang sangat comel. Lelaki yang suka dengan budak-budak adalah lelaki yang sangat "cool". Bila seorang lelaki mengatakan yang dia suka budak kecil ramai yang memperlekehkan kan?kan? not me okay.

dalam kalangan masyarakat  pula, hanya perempuan saja yang suka benda-benda macam ni. Ini merupakan streotaip masyarakat yang agak dangkal. Seperti dalam movie Adnan Sempit yg Sam pernah kata dalam hati ada taman, itu ada kebenarannya. Lelaki yang keras pun kadang punya hati yang lemah. Bagi aku memang menjadi fitrah manusia saling mengasihi sesama insan.cehh.geli mak dgr nyah ! haha

okay jom roll picture :)
The Narvaez Family .




ELIANA NARVAEZ

seriously aku memang sangat suka dia !
kecomelanya yang terlampau kott..

dia ni ada seorang sista yang sangat cantik like her mummy.
dan mempunyai seorang ayah yang sangat cool .




alololo,,so cute..terharunya bila tengok seorang anak kiss pipi ayah dia mcm ni dan jika korang semua nak tahu aku pun masih berbuat sedemikian lau nak pergi kerja ! ohhoo.kantoi la sudah ~ ^.^



dah.dah cukup-cukup la tu usha picha ni..sangat teruja aku lihat semua picha dorang ni.
do you like it? nak usha lebih lagi ? jom la like page dorang at Fb Jorge Alexa and Eliana Narvaez .


p/s - masih wujud lagi ke lelaki/ayah seperti ini ?