Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Saturday, December 31, 2011

Bila tengah Marah..

Salam..

korang pernah rasa tak perasaan marah yang melampau ?
sampai rasa nak je tumbuk.sepak.tendang.cubit. <--- cubit je?apa barang kan !

dan juga rasa-rasa lain seperti mahu menjerit sekuat hati dalam kata kasarnya "tengking" terhadap mereka-mereka yang mencabar kesabaran korang?

dan juga merasa ada asap dan debu yang keluar dari telinga seperti gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus ?

dan juga merasa ''eiii,,aku bunuh kang beruk sekor ni ! buat haku naik hangin je"

dan juga merasa seperti jantung korang 'bergoncang' kerana dihasut setan-setan durjana yang nak merosakkan akal waras korang dengan kelajuan yang semaksimum mungkin !

*bape banyak kali 'dan juga' ni? haihh~

dan akhirnya .............


 ini gamba aku cilok dr google !


hanya mampu melepaskan api kemarahan di dalam tandas kerana tiada siapa yang boleh mendengar melainkan apa yang ada dalam tandas ketika itu. apa pun tak boleh !

Astaghfirullah al-azim......Ya Allah..

huii.huii..itulah haku ketika kemarahan haku berada pada tahap moksya even haku tau marah itu akan memyebabkan stess dan hilang mood dgn serta merta !



ada macam rupa korang tak bila marah ? haha
hey,,semua ini adalah kenyataan dan haku yakin korang pernah alami situasi sebegitu dan sebegini.

dan apa yang perlu kita buat bila sedang marah ?


Saranan Agama .
Untuk meredakan marah yang disarankan agama,kita disarankan untuk duduk, mengatur nafas, berwudhu dan solat dan haku yakin korang semua tahu pasal yang ini.

Salurkan kemarahan dengan cara yang baik.
Energi ketika kita marah itu luar biasa besarnya kan,takut benda yang tak sepatutnya kita terbuat..
so,jalan yang terbaik seperti yang haku buat iaitu melepaskan geram di dalam tandas ! hahaha..
mudah kan ?

Ingat Allah swt.
Beristighfar banyak-banyak dan ingatkan diri kita yang Allah suka orang yang sabar. Ingatkan juga yang marah itu datangnya dari setan yang memang suka mengapi-apikan mereka yang bersaudara. Padamkan api marah itu dengan wudhu' dan bacalah Al-Quran. Jangan biar marah kita itu membakar kita dan orang lain tapi bakarlah setan yang memarakkan kemarahan kita itu.

 Wallahualam..
p/s - Ini sajalah yang dapat haku kongsikan even haku tahu bak kata orang cakap memanglah senang.
Tapi tang kita dah berhadapan sendiri dengan perasaan marah itu, tak tahulah yang kita ini kuat ataupun tidak kan.

Saturday, December 3, 2011

mudi seketika !

Salam..have a nice day !




Amik lesen memandu ? ini merupakan rancangan yang tersenarai dalam list aku sempena tahun baru islam ni.
aku tulis ni bukan nak menunjuk.okay!
aku pun tahu korang kat kuar tu semua dah ada lesen kan?kan?
aku je yang baru terhegeh-hegeh nak amik lesen.
perkara pertama dah lepas pada dua minggu lepas.
kelas selama 6jam tidak seperti yang dijanjikan iaitu 5jam shj.sangat mengharukan !
takpe barang yg lepas usah dikenang ! haha~

Next week nya nak terus amik ujian jpj komputer.
serious,aku study macam nak amik STPM tahun lepas.kusyuk bebeno.dah ready aku nak jawab soklan.
tiba masa cancel.postpone next week nya.aku pun dah malas nak pegang buku.mood nak baca dah takde.
so,,harini merupakan penentu segalanya.
balik keje.rehat lepas tu siap-siap.dah ada org jemput aku pun pergi.

...........................................................................

okay.cerita dipendekkan.

have a nice day lah untuk korang semua harini dan bukan untuk aku !
damnn !
kuci-kuciwa sungguh aku harini.takyah aku cakap korang faham sendiri lah.
aku senyap untuk harini dan hanya jari jemariku yang mulus dan tulus ni menaip meluahkan rasa hati.

so,disebabkan **** aku kene study balik benatang haram tu dan
harini aku nak share satu software ujian JPJ komputer. Memang bagus untuk korang yang nak amik lesen.
Test simulasi ni sangat best sebab ada jawapan sekali. Korang boleh la check tang mana yangg salah ye..
tak macam yang aku amik tadi. hapa pun tak boleh !
aku pun tak tahu tang mana yang aku salah..ntah-ntah cina tu saja nak dajal aku kott.
Manala tau aku punya jawapan semua betul kan? saja nak buat aku ****...adhoiii~

Ini hanyalah untuk suka-suki je. Pada mereka yang dah ada lesen nak jawab pon boleh.tak salah !
Apa lagi. Barang baek ni.. Jom Download. Heeee...



p/s - kalau aku **** lagi lepas ni. sah la aku ni bengap ! hahaha~ ^.^




horos-kope. selidik tarikh lahir ?

Salam .. hope korang semua dalam keadaaan sihat hendaknya yo ! :)

ni pasal horos-kope atau nama femesnya 'horoscope' yang tak berapa nak horoscope sangat..
aku ni memang kaki facebook.kalau sehari tak online memang tak lengkap hidup.ceiitt.yolah tu.mak percaya la sangat nyah !
so disebabkan aku ni kaki facebook, tangan facebook, muka facebook dan segala jadah facebook banyak info aku dapat walaupun kebanyakanya yang tak berapa nak bermanfaat ! haha ..


aku ni kira suka selidik sesuatu yang aku berkenan. suka like page-page orang dan aku ada online shop sendiri. tak femes sangat sebab tak buat advertisement even kawan aku sendiri pun baru je tahu..heee~
saja buat duit poket.tingkatkan pendapatan.
okay abaikan perenggan yang ini !

kembali pada 'peyelidikan'.
suka tengok kawan-kawan post kat wall fb dorang.
so,aku copy paste benda yang aku nak kongsi dengan korang iaitu Horos-Kope.
hehehe ^.^
jom baca.lau rajin tinggalkan la komen and jejak korang.
ada masa aku follow balik.okay.
lebiu <3<3<3 !


firstly,,korang pilih birth day korang jatuh pada no yang mana.
tapi yang pentingnya kene ingatla birth date korang sendiri.
mustahilla lau tak ingat kan. kerat jari aku ni ha !
lau tak faham lagi aku bagi contoh ;

21 JANUARY ===>  21  jatuh pada no 3 .


Kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1
Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2
Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3
Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4
Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5
Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6
Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7
Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8
Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9

no.1 —- Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8. no.

2 —- Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3 —- Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.

no.4 —- Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5 —- Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6 —- Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7 —- Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.2.

no.8 —- Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus.
Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9 —- Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6

p/s - selamat mencuba ye kawan-kawan !  :)
        tapi kebanyakannya betul kalau dalam percent aku bagi 80% !
p/s - sapa-sapa yang dah try tu tinggalkan la komen korang  ya.
         if you drop comment, you are awesome ! hehe  ^.^


                                                                   

Thursday, December 1, 2011

aww ..budak comel ? siapakah dia ?

Salam .. have a nice day :)

entri kali ni nak update pasal budak yang sangat 'kiut miut'.
ini budak made in luar negara.no wonder la memang comel mcm saya !  eeuuuww~

Firstly,budak kecil adalah dikategorikan budak yang sangat comel. Lelaki yang suka dengan budak-budak adalah lelaki yang sangat "cool". Bila seorang lelaki mengatakan yang dia suka budak kecil ramai yang memperlekehkan kan?kan? not me okay.

dalam kalangan masyarakat  pula, hanya perempuan saja yang suka benda-benda macam ni. Ini merupakan streotaip masyarakat yang agak dangkal. Seperti dalam movie Adnan Sempit yg Sam pernah kata dalam hati ada taman, itu ada kebenarannya. Lelaki yang keras pun kadang punya hati yang lemah. Bagi aku memang menjadi fitrah manusia saling mengasihi sesama insan.cehh.geli mak dgr nyah ! haha

okay jom roll picture :)
The Narvaez Family .




ELIANA NARVAEZ

seriously aku memang sangat suka dia !
kecomelanya yang terlampau kott..

dia ni ada seorang sista yang sangat cantik like her mummy.
dan mempunyai seorang ayah yang sangat cool .




alololo,,so cute..terharunya bila tengok seorang anak kiss pipi ayah dia mcm ni dan jika korang semua nak tahu aku pun masih berbuat sedemikian lau nak pergi kerja ! ohhoo.kantoi la sudah ~ ^.^



dah.dah cukup-cukup la tu usha picha ni..sangat teruja aku lihat semua picha dorang ni.
do you like it? nak usha lebih lagi ? jom la like page dorang at Fb Jorge Alexa and Eliana Narvaez .


p/s - masih wujud lagi ke lelaki/ayah seperti ini ?




Saturday, November 12, 2011

oh dunia !

Salam =)

Setiap hari ada saja benda yang korang lalui kan?
tak kira la sesuatu perkara tu menyenangkan hati atau sebaliknya..

Lumrah kehidupan manusia kat dunia ni,
tak lepas dari kesusahan dan kesenangan,
kalau senang suka, tak senang tak suka...
bagi aku dunia ni pun umpama blog..
rasa senang tulis, bila tak senang tak tulis...hehehe
kadang sebulan satu entri pun susah kan?
Sebenarnya nak tulis blog ni senang, tulis jela kan.
merapu ape haram jadah pun kau punya suka la.
tuptup jadila blog.. tapi nak tulis blog yang memberi manfaat dan menghindarkan dari dosa tu sangatlah susah.sebab tu lah entri aku lebih kepada 'apa yg ada pada perasaan aku pada masa tu..
Lagi-lagi lau bab-bab agama ni ishh . salah cakap je dah dosa..


Aku ni takla pandai sangat agama lau sekadar asas utk diri aku sendiri tu bolehla,
Zaman modenisasi yg penuh dengan konflitasi ni tak payah cakapla
lau kita jadi baik salah jadi jahat dah memang tentula salanya kan.
.sbb klu cakap ni org slalu cakap kt mulut lain, hati lain..
Orang kalau tengah sakit, tak payah dia cakap kita dah blh tahu dia sakit dari gerak geri dia,
muka macam ayam berak kapur, ala-ala sengal kan..
begitulah juga dgn kita ni, hari ni kalau kita tanya semua orang 'Islam',
tujuan kita duk kat dunia ni untuk apa eh?
konpom-konpom laa jawapannya utk "Akhirat"..
Tapi perlakuannya lain...
'sesungguhnya dunia ini mengkhayalkan'.. heheee
so,kita renungi diri kita dulu, kita tahu akan ada hari akhirat kelak, kita tahu kita akan bertemu dengan Allah swt. tapi bila kita fikirkan adakah setiap saat kita mengingatinya? tak kan?
kalau ada antara korang yang macam tu..korang memang manusia yg hebat ! :)


macam aku lah kan yang tengah bekerja sekarang..
baru nak menapak.nak membangunkan diri sendiri..
seriusly susah weyh~
pergi keja balik keja..kalau yang student tu gi belajar.
kalau boleh sampai graduate.
so,,dengan sendirinya terfikir..
apa yang aku nak sebenarnya dalam kehidupan ni?
adakah hidup aku dan hidup korang semua hanya untuk
1-bekerja, 
2-belajar,
3-kahwin dan kemudian
4-mati?
tak rasa ke macam ada kekurangan?
takkanlah Allah swt ciptakan manusia ni semata-mata untuk tu je?
renungilah ia.. :)


'Jika dunia ini tiada lagi orang baik sepertimana yang kita mahukan, maka kita sendirilah berusaha untuk menjadi demikian. Usah bertanya kepada dunia di mana manusia yang baik hati, tetapi tanyalah diri sendiri, adakah aku cukup baik untuk menghuni dunia ini?'


p/s - apa ada pada dunia ?



Friday, November 11, 2011

info hebat :)

Salam..
aku ada beberapa info yang aku dapat dari 'muka buku' kawan aku.heee~
rasanya amat berguna kott..jom baca... :)
sebelum tu nak tanya dulu..korang semua mesti ada handphone kan?
aku boleh kerat jari la lau korang kata Takde !!

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor
kecemasan untuk semua telefon
adalah 112.Jika korang dalam
kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang korang
gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.Ia boleh
digunakan walaupun di kawasan
yang tiada liputan dan lebih
menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad
lock )

2) KERETA TERKUNCI
Korang pernah tertinggal kunci
kereta dalam kereta dan kereta
korang time tu terkunci lak dari
luar.Mesti macam2 cara korang
buat nak dapatkan balik
kunci bagi membuka semula
kereta korang kan?.Jangan risau,telefon
bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system
penggera (alarm ) sahaja.
Caranya,cuba korang hubungi
seseorang yang berada di
rumah.Minta dia ambilkan kunci
pendua kereta korang.Kemudian
pegang telefon bimbit korang dari
jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki )
dari kereta yang terkunci
itu.Minta pula keluarga atau
teman di rumah menekan punat
'ON ' pada kunci pendua kereta
dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada
telefon bimbitnya.Pasti kereta
korang tak terkunci lagi,malah ia
boleh dilakukan dari jarak
beratus-ratus kilometer dari
tempat kereta korang
berada.Kerana itu juga,penting
untuk korang menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang
dipercayai untuk
menyimpannya. Penting juga
penggunaan telefon bimbit dalam
keadaan sebegini.Kaedah ini
memang berkesan kerana
beberapa orang telah
mencubanya .
 *ni bagi mereka yang mempunyai kereta ya.macam aku ni memang tak berguna la..kihkih*
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon
bimbit yang telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan
dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi
untuk menyimpan bateri
tambahan.Bayangkan jika bateri
telefon bimbit anda sudah terlalu
lemah atau mati sedangkan anda
perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam
kecemasan.Telefon bimbit jenis
Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya,
tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon
bimbit anda akan berjaya
dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu
telefon tentang penambahan
kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga
akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda .
 
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit
anda dicuri.Anda boleh
menjadikan ia tidak dapat
diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di
telefon bimbit anda,sila dail
*#06# dan 15 digit nombor siri
telefon bimbit anda akan tertera
di skrin.Nombor ini adalah unik
untuk setiap telefon
bimbit.Catatkan nombor siri ini
dan simpannya di tempat selamat.
Bila telefon bimbit anda
dicuri,anda boleh hubungi pusat
servis telefon bimbit anda dan
berikannya kod nombor siri
tersebut. Mereka kemudiannya
akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa
sahaja yang mencurinya pasti
hampa kerana walaupun kad
simnya telah ditukar,dia tidak
akan berupaya mengaktifkan
kembali telefon bimbit tersebut.
Jadi, walaupun ia di curi,namun
sekurang-kurangnya anda
berpuas hati kerana si pencuri
takkan boleh menggunakannya
ataupun menjualnya

 p/s - sejauh mana kebenaran tu wallahualam la..korang try2 la kott-kott menjadi ke kan..tapi yang no3 tu      hanya Nokia je yg boleh.fon lain hampeh kott~



Sunday, October 30, 2011

cinta dalam hati :)

Salam .. :)


Mungkin ini memang jalan takdirku
mengagumi tanpa di cintai
tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia
dengan hidupmu, dengan hidupmu
- Ungu(Cinta dalam hati)

cinta dalam hati?
setiap org mesti pernah  merasai cinta kan?
cinta pada Allah swt.
cinta pada Rasul saw.
cinta pada Keluarga,Kawan2.
mungkin juga pada buah hati.kan?kan?

macam aku jugak.. :)
tapi hati aku ni lain sikit. (itu bg akula)
aku lebih suka simpan perasaan dari luahkan.
bak kata orang ;
'Kalau kita sukakan seseorang, jangan beritahu si dia...Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya..'
bagi aku itu betul.sebab bila aku sayang sangat dkt seseorang tiba suatu masa aku akan rasa benci sangat.
aku sendiri pun tak tau kenapa.
mungkin itu adalah jalan syaitan utk tidak membenarkan umat nabi adam ni berkasih sayang antara satu sama lain kott..(cehh,,ayat mcm org pakar agama jek)


tapi bagus juga bila ada perasaan macam tu.sekurang-kurangnya aku dijauhkan dari maksiat..
aku pun taknafikan sekeliling kita ni pun penuh dgn maksiat.maklumlah dunia akhir zaman..


Pernah ku sempat kecewa
Tak bisa lagi ku terluka
Tunjukkan satu jalan lain untuk ku
Hapuskan dilema dari rasa ragu - Agnes Monica (kutelahjatuhcinta)


Cintailah dia dalam diam,dari kejauhan dengan kesederhanaan dan keikhlasan.
Bila hati mulai rindu.apa boleh buat?pendam jelah  ^.^


p/s - bukan cinta je boleh buat orang GILA tapi bila jumpa dgn org yg takfaham bahasa ! euwww ;P

Friday, September 23, 2011

gila dah datang..

Salam semua...

lama sangat tak update blog..
mcm-mcm benda da berlaku sejak dari puasa sampai la ke raya
tapi da banyak yang lupa..

sedih bila terkenangkan arwah nyaie.
tak sempat nak raya dengan nyaie.
tak sempat nak mintak maaf dengan nyaie. ;(
apakan daya..Allah swt lebih menyanyainya...
tragis sungguh kisah yang berlaku kalau nak diceritakan balik.
takpela,yang berlalu biarkan.
nyaie tetap dalam kenangan iffa.

back to normal*

bila gila dah datang apa pun tak boleh.
semua benda buat tak menjadi.
rasa macam nak lempang semua orang yang ada kat sekeliling.
dasyat sangat bunyinya kan?
itulah bila #sesungut senggugut dah sampai.
nilah yang perlu ditanggung kaum hawa setiap bulan.

perit.
pedih.
sakit macam kain kene perah kuat-kuat tu.
sampai teguling-guling macam tenggiling (shin chan pnya ayat)
apa lagi benda yang boleh digambarkan?



Info*

Penyebab senggugut ni adalah seorang perempuan memiliki paras bahan kimia badan yang tinggi seperti prostaglandin yang dikeluarkan oleh rahim semasa haid,
saluran pangkal rahim yang sangat sempit dan ada masalah pada sistem peranakan.

Penyembuh*
(Bagi yang beragama Islam)

Cari madu dan baca ayat asyifa Surah an-Nahl ayat 69 kat madu tu dan makan le.

mudah-mudahan sembuh dengan izinya..

Surah an-Nahl: 69:



Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). dari perut lebah itu ke luar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkan.

p/s - otak boleh jadi biul dan beku kerana senggugut !



Count On Me

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see
I'll be the light to guide you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh

If you toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will remind you

Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need
You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it

I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh, yeah, yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go, never say goodbye

You can count on me like one, two, three
I'll be there and I know when I need it
I can count on you like four, three, two
And you'll be there 'cause that's what friends
Are supposed to do, oh yeah, ooh, ooh
You can count on me 'cause I can count on you

 

Monday, August 15, 2011

auntie kopet !

Salam semua..

entri ni pagi tadi punya cerita masa kat dalam bas..(oke.ak mmg gi keje naik bas)
kisah seorang auntie cina yg suka potpet-potpet sepanjang jalan.
aku nak lelap pun tak bole.kau tahu~
dah la bulan puasa ni ngantuknya lain macam sikit.
apa ntah yang dia membebel.dengar macam mengeluh.
malas nak ambik tahu tapi kene jugak ambik tahu.

bas yang senyap tu jadi riuh rendah sebab dia.
kene sound dengan uncle bus rapid.
suruh dia senyap.tapi memang tak makan saman la auntie KOPET tu.
ni la nama yang sesuai yg aku bagi utk auntie tu.

kene sound senyap kejap je lepas tu bebel balik.
eh auntie tak penat ke potpet-potpet sepanjang jalan?
saya tau la auntie tak puasa.
kang kene cepuk baru tau.aishhhh~


p/s - oh auntie KOPET, doakan la saya boleh kuar keta tahun depan. *sigh  =.=!



Sunday, August 7, 2011

Zerra Chocolate ^.^

Salam semua...^.^

yeeha..hari ni merupakan hari ke-7 ramadhan..
dan entri ke-2 dlm bulan august.. ^.^

kebiasaanya bulan ramadhan ni la masa yang sesuai untuk berniaga..
tak kira la kau nak berniaga apa pun expecially makanan la kan...
macam kat bazar-bazar ramadhan kat uma korang tu~
so,,otak aku ni ligat berputar (cehh~) mencari idea macam mana nak beranakkan duit yang sedia ada ni..
yang semestinya tak cukup menampung keperluan hidup.
kehendak ynag bermacam.kalau dilayankan memang sampai kesudah tak abis kan?kan?
tapi aku ni tak pandai masak (kantoi =.=') macam mana la nak jual kat bazar..eh,memang Xla..^.^
OGH ~ (ohh,,Gila haaaaaa~) hehehe

so,terfikir la satu idea....jeng jeng jeng~






jual Cokelet kat ****..kira macam kueh raya la..begitula gamoknya ye senah~


p/s - dalam kesulitan  =.='

hanya tersenyum...~  =)

Thursday, July 28, 2011

tiada suara

Salam guys...

mood:silent.. ^.^
tiada apa yang perlu dikata.hanya jari-jari yang menaip mengganti bicara..(cehhh..)

pejam celik je da nak sambut Ramadhan kan...
cepatnye masa berlalu..rasa macam baru je abis raya itu hari..weeee =)
lagi satu,,setahu aku baru je post pasal nak sambut Ramadhan.rupanya tahun lepas punya post daaa...
so,dalam entri ni nak ucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kpd semua yang muslim..

banyak-banyakan lah amal ibadat dan semoga segala amal yang dilakukan mendapat keberkatan..inshallah..
ini adalah salah satu cara nak mengingtkan diri sendiri yang seringkali lalai.. ^.^
sentiasa alpa dengan duniawi..terpedaya dengan hasutan syaitOn..ooh yeah ~ hahaha





ni la setan GILA lau nak tau..; P
nengok,,setan pun tau senyum..
*senyum itu sadaqah*


P/S - Nabi Muhammad s.a.w pernah bersabda: "Permulaan Ramadhan itu adalah rahmat, pertengahannya adalah keampunan (maghrifah) dan penghujungnya adalah kebebasan dari api neraka".  Renung-renungkan dan selamat beramal.. =))

Okey.by

hanya tersenyum...~  =)


Friday, July 15, 2011

kisah tragis . apa pun tak boley !

Salam...

ni nak konsikong cerita pasai result U yg baru kuar tu..
dap dup dap dup..(bunyi jantung)



eh sory k..jantung i tak bunyi mcm tu pun..
takde maknanya nak gelisah tak tentu hala..ok  =D
actually dah tau result U kuar harini (15july'11) dari minggu lepas lagi..
alih-alih tiba saatnya lupa la pulak...hehehe
masa tu time lunch g kuar jln2 sbb friday lunch hour panjang..
dpt call dari kawan baru teringat..
lepas balik ofis gi la on9 jap check result.
nak check melalui sms tak boleh sbb pakai hot ticket..heeee
banyak songeh la pulak bila da bukak tu..nak no angka giliran.
sumpah ! aku da tak hingat langsung..hahaha
call kawan tanya..da dapat code skola tapi kedudukan lupa..heeee (teruk bebeno)
try.try and try dpt la jugak bukak...










TAHNIAH!
Anda telah berjaya ditawarkan program pengajian seperti berikut: 
 
NAMA PROGRAM : IJAZAH SARJANA MUDA PENGURUSAN PERNIAGAAN DENGAN KEPUJIAN (PEMASARAN)
IPTA : UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK (UNIMAS)

perghhh,,gempak la..tak bole bla la weyh...takde yang lagi jauh ke?? aku suka jauh-jauh ni...adhoii
sedihnya...tak mau la..tersangat jauh la... =(

so,kita buat plan lain..bak kata orang menuntut ilmu dimana-mana aja kan..
aku nak apply UiTM amik PPLK tak pun PPJJ ..
then bukak laman web UiTm shah alam  ( http://www.uitm.edu.my/index.php/en )
alhamdulillah...syukur kemasukan masih dibuka..
so,esok kene gi post office beli no pin. (bukak ke esok eh?)
takpe try je.. =)

antara sebab TAKNAK pegi UNIMAS tu :  =(

1- JAUH yang tersangat.
2- JAUH yang tersangat.
3- JAUH yang tersangat. heeeeee =P
4- Family pun jauh~
5- Sayang kerja,sayang kawan kat ofis ni expecially kaka ekin..=.=;  muahh..muahh..
6- Cost tinggi kott..setahun sekali belum tentu balik.kan?kan? (yela,,sbb takde wet)
7- Tak dapat jumpa kawan2 lama..
8- Rindu kat bf* (ade ke?)

tu je kott...lau ade nanti aku tambah eh.. ^.^
so,after this..kene decide betul-betul utk yang terakhir kalinya...
sape-sape yang ade pandanga tu tulung la aku bagi pendapat apa yang terbaik..
sekarang tak bole nak fikir sebab saket otak !! nanti lain jadinya kang...




relex...cool bebeh....yeeehaaa  :)

p/s - sedang saket otak !! carikan aku obat....




hanya tersenyum...~  =)


Thursday, July 14, 2011

AISHITERU



Menunggu sesuatu yang sangat menyebalkan bagiku
saat ku harus bersabar dan trus bersabar
menantikan kehadiran dirimu
entah sampai kapan aku harus menunggu
sesuatu yang sangat sulit tuk kujalani
hidup dalam kesendirian sepi tanpamu
kadang kuberpikir cari penggantimu
saat kau jauh disana
ooo…
*)
Gelisah sesaat saja tiada kabarmu kucuriga
entah penantianku takkan sia-sia
dan berikan satu jawaban pasti
entah sampai kapan aku harus bertahan
saat kau jauh disana rasa cemburu
merasuk kedalam pikiranku melayang
tak tentu arah tentang dirimu
apakah sama yang kau rasakan
reff:
walau raga kita terpisah jauh
namun hati kita selalu dekat
bila kau rindu pejamkan matamu
dan rasakan a a a aku
kekuatan cinta kita takkan pernah rapuh
terhapus ruang dan waktu
percayakan kesetiaan ini
akan tulus a a ai aishiteru
Bridge:
hapus sendiri pikiran melayang terbang
perasaan resah gelisah
jalani kenyataan hidup tanpa gairah
o…uo..
banyak segala misi dan ambisimu
akhiri semuanya cukup sampai disini
dan buktikan pengorbanan cintamu untukku
kumohon kau kembali


p/s - suka lagu ni !! =)


hanya tersenyum...~  =)

  

Tuesday, July 5, 2011

Aku Mahu KAMU*

Aku mahu kamu.
Teringat kisah dulu.
Kenangan  kau dan aku.
Tapi kini ia sudah berlalu.

Aku mahu kamu.
Jangan tinggalkan aku.
Aku perlu kamu.
Sempurna hidupku.

Aku mahu kamu.
Kini kau tiada bersamaku.


Aku Mahu Kamu
Selamanya… Untuk Aku…
Apakan Daya…
Kelebihan Dia
Jauh Lebih Baik Daripada Aku
Dan Kekurangan Aku
Jauh Lebih Buruk Daripada Dia…

(ilham dari filem Peter Pan kat Star Movies)


p/s - siapa kamu?aku pun tak tahu..teeeeet ~  =.="

Saturday, June 25, 2011

bila diri dibuang

Bila diri dibuang
kemana arah tujuan
Tak sanggup lagi menahan
Semua terpendam tiada diluahkan

Bila diri dibuang
Pada siapa hendak diadu
Hanya Tuhan yang tahu
Betapa pilunya hatiku

Dengan seribu kekuatan
Aku bangkit berdiri
Mencari kehidupan sendiri
Tanpa dia disisi

Dengan sejuta kepayahan
Aku teruskan titian hidup seorang manusia
Dengan kekuatan semangat yang tersisa
Apa yang berlaku biarlah rahsia



hanya tersenyum...~  =)

Thursday, June 23, 2011

YUNA vs LUNA

Salam...

Entri kali ni macam gempak je...gempak la sangat kan..(tangan di bahu mata keatas~)


hehehe..kelaka la pulak aku tengok org ni buat..=P


So,,apa yang berlaku sekarang?dengarnya ade klon yuna..betul ke?
ohh yeah??ada sapa-sapa percaya?silalah buat seperti yg diatas ya..
'tangan di bahu mata keatas' tu.


lau nak tahu ni la klon nya si Yuna...mari tengok...
Jeng...Jeng...Jeng...











ok..bandingkan dengan yang bawah ni ye...



hihiihi,,ada sama ka??hehehe

ni la time aku me'releks'kan diri masa tengah serabut buat keje yang banyak belambak...
tengok je la sekeliling pic aku tu ye..
da macam dbkl aku tengok..serabut.semak. =P
nak buat macam mana...da keje kan....  ^.^

ok la bye...adios..jumpa lagi di entri yang akan datang...


hanya tersenyum...~  =)



Tuesday, May 24, 2011

KU LEMPANG KANG !

Aloha...Salam...
ni entri kedua in this month.
oh sadisnya.
kasihan deh !

tertanya-tanya sapa yang ku lempang?
hehehe...
bukanya KU LEMPANG tapi KALUMPANG.
satu tempat yg terletak kat mana eh? (lupa la pulak)
sapa tau tu bagus..yg tak tahu,,buat2 la tau ye...

trip ni actually company yg buat,,bukan sendiri-sendiri atau pun family.oke.
ramai juak yang pergi.agak-agak dalam 30+ kott..not sure la..
panjang betul kisah perjalanan kami.
lau nak citer kat sini memang tak la.
jadinya,,aku pendekkan citer...
masa dekat highway,kete rosak ! sigh.sadis sungguh !
tuggu la dlm 30mnt lebih..so,,da tak boleh nak buat apa..kene tarik..
dengan aku-aku skali kene tarik kott...
hehehehe
ala-ala macam ni la..........mai nengok sini eh ~
 


mcm ni la keadaanya.(bygkanlah aku ada kt dlm keta tu)..adhoiiii ~
dipendekkan cite, sampai gak la w'pun btukar-tukar kenderaan. =P
so,,ni lah pic yg ada.semua dlm kenangan.















hanya tersenyum...~  =)MySpace


Monday, May 9, 2011

bila aku jatuh hati

Salam..
hachumm..
hamikk ko,,lama da tak update blog.
sampai berdebu jadinya..
teruk betul !

al-kisah ~~~



macam ni la rupa aku bila jatuh hati..hehehe
sweet kan..?? (perasan deh!)

eh,,awak sweet la.cool jek..
sebab tu saya minat awk..hehe (gataii)
betul awak,,sy tak tipu punya.. =)



Bila aku jatuh cinta
Aku mendengar nyanyian
Seribu dewa dewi cinta
Menggema dunia
Bila aku jatuh cinta
Aku melihat matahari
Kan datang padaku
Dan memelukku dengan sayang
Bila aku jatuh cinta
Aku melihat sang bulan
Kan datang padaku
Dan menemani aku
Melewati dinginnya mimpi
Melewati dinginnya mimpi.. aaa
Bila aku jatuh cinta.. jatuh cinta
Bersama dirimu


p/s - jatuh cinta?oh tidak! segalanya tak mungkin terjadi ! walaupun aku tahu itu lumrah manusia...

hanya tersenyum...~  =)MySpace