Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Saturday, December 31, 2011

Bila tengah Marah..

Salam..

korang pernah rasa tak perasaan marah yang melampau ?
sampai rasa nak je tumbuk.sepak.tendang.cubit. <--- cubit je?apa barang kan !

dan juga rasa-rasa lain seperti mahu menjerit sekuat hati dalam kata kasarnya "tengking" terhadap mereka-mereka yang mencabar kesabaran korang?

dan juga merasa ada asap dan debu yang keluar dari telinga seperti gunung berapi yang tunggu masa untuk meletus ?

dan juga merasa ''eiii,,aku bunuh kang beruk sekor ni ! buat haku naik hangin je"

dan juga merasa seperti jantung korang 'bergoncang' kerana dihasut setan-setan durjana yang nak merosakkan akal waras korang dengan kelajuan yang semaksimum mungkin !

*bape banyak kali 'dan juga' ni? haihh~

dan akhirnya .............


 ini gamba aku cilok dr google !


hanya mampu melepaskan api kemarahan di dalam tandas kerana tiada siapa yang boleh mendengar melainkan apa yang ada dalam tandas ketika itu. apa pun tak boleh !

Astaghfirullah al-azim......Ya Allah..

huii.huii..itulah haku ketika kemarahan haku berada pada tahap moksya even haku tau marah itu akan memyebabkan stess dan hilang mood dgn serta merta !



ada macam rupa korang tak bila marah ? haha
hey,,semua ini adalah kenyataan dan haku yakin korang pernah alami situasi sebegitu dan sebegini.

dan apa yang perlu kita buat bila sedang marah ?


Saranan Agama .
Untuk meredakan marah yang disarankan agama,kita disarankan untuk duduk, mengatur nafas, berwudhu dan solat dan haku yakin korang semua tahu pasal yang ini.

Salurkan kemarahan dengan cara yang baik.
Energi ketika kita marah itu luar biasa besarnya kan,takut benda yang tak sepatutnya kita terbuat..
so,jalan yang terbaik seperti yang haku buat iaitu melepaskan geram di dalam tandas ! hahaha..
mudah kan ?

Ingat Allah swt.
Beristighfar banyak-banyak dan ingatkan diri kita yang Allah suka orang yang sabar. Ingatkan juga yang marah itu datangnya dari setan yang memang suka mengapi-apikan mereka yang bersaudara. Padamkan api marah itu dengan wudhu' dan bacalah Al-Quran. Jangan biar marah kita itu membakar kita dan orang lain tapi bakarlah setan yang memarakkan kemarahan kita itu.

 Wallahualam..
p/s - Ini sajalah yang dapat haku kongsikan even haku tahu bak kata orang cakap memanglah senang.
Tapi tang kita dah berhadapan sendiri dengan perasaan marah itu, tak tahulah yang kita ini kuat ataupun tidak kan.

No comments: