Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Thursday, March 31, 2011

bila mulut berhenti bicara . hati akan berkata .

angin..
sampaikan padanya, aku tak pernah goyah dengan perlakuannya.
kerana aku masih tegak berdiri disini..

gerimis..
ceritakan padanya, badai tidak memilih insan.
bentangkan padanya, Allah swt melihat batas asa wanita ini.

dedaun kering..
terbanglah padanya, kirimkan berita aku padanya.
habarkan aku disini masih senyum meskipun dia puas merobek hati ini..


awan kelam..
sandarkan kedap chayamu untuk aku luahkan
seguni hampa atas sebuah janji yang dimungkiri..

ketahuilah,,
aku tidak selemah yang kau fikir..
kerana satu hari nanti,kau akan sesal dengan ketawa yang berdekah hari ini.
kau akan sesal yang teramat !

hanya tersenyum...~  =)MySpace


4 comments:

sasa selamat said...

gramatis ayat iffa~^^

sekamar rindu said...

Sederas apa pun angin bertiup
berikan sejenak pengakuanmu, wahai airlaut
bahawa pernah ada, rindu
di antaramu dan pasir di pantai,
walau hanya sedetik.

bisikanlah hatimu
pada butiran pasir
yang setia
lewat bebuih yang hanyut
bahawa pernah ada, cinta
tersisip, disela-sela deru ombakmu,
walau hanya sedetik..

sr

zulhusnie mahadi said...

"kau akan sesal yang teramat !.."
ayat penghabisan yg sgt mengancam, takut..hahaha

manusia biasa said...

hehehe...
saje je tulis mcm tu,,bg org tkut skit.. =)