Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Saturday, November 12, 2011

oh dunia !

Salam =)

Setiap hari ada saja benda yang korang lalui kan?
tak kira la sesuatu perkara tu menyenangkan hati atau sebaliknya..

Lumrah kehidupan manusia kat dunia ni,
tak lepas dari kesusahan dan kesenangan,
kalau senang suka, tak senang tak suka...
bagi aku dunia ni pun umpama blog..
rasa senang tulis, bila tak senang tak tulis...hehehe
kadang sebulan satu entri pun susah kan?
Sebenarnya nak tulis blog ni senang, tulis jela kan.
merapu ape haram jadah pun kau punya suka la.
tuptup jadila blog.. tapi nak tulis blog yang memberi manfaat dan menghindarkan dari dosa tu sangatlah susah.sebab tu lah entri aku lebih kepada 'apa yg ada pada perasaan aku pada masa tu..
Lagi-lagi lau bab-bab agama ni ishh . salah cakap je dah dosa..


Aku ni takla pandai sangat agama lau sekadar asas utk diri aku sendiri tu bolehla,
Zaman modenisasi yg penuh dengan konflitasi ni tak payah cakapla
lau kita jadi baik salah jadi jahat dah memang tentula salanya kan.
.sbb klu cakap ni org slalu cakap kt mulut lain, hati lain..
Orang kalau tengah sakit, tak payah dia cakap kita dah blh tahu dia sakit dari gerak geri dia,
muka macam ayam berak kapur, ala-ala sengal kan..
begitulah juga dgn kita ni, hari ni kalau kita tanya semua orang 'Islam',
tujuan kita duk kat dunia ni untuk apa eh?
konpom-konpom laa jawapannya utk "Akhirat"..
Tapi perlakuannya lain...
'sesungguhnya dunia ini mengkhayalkan'.. heheee
so,kita renungi diri kita dulu, kita tahu akan ada hari akhirat kelak, kita tahu kita akan bertemu dengan Allah swt. tapi bila kita fikirkan adakah setiap saat kita mengingatinya? tak kan?
kalau ada antara korang yang macam tu..korang memang manusia yg hebat ! :)


macam aku lah kan yang tengah bekerja sekarang..
baru nak menapak.nak membangunkan diri sendiri..
seriusly susah weyh~
pergi keja balik keja..kalau yang student tu gi belajar.
kalau boleh sampai graduate.
so,,dengan sendirinya terfikir..
apa yang aku nak sebenarnya dalam kehidupan ni?
adakah hidup aku dan hidup korang semua hanya untuk
1-bekerja, 
2-belajar,
3-kahwin dan kemudian
4-mati?
tak rasa ke macam ada kekurangan?
takkanlah Allah swt ciptakan manusia ni semata-mata untuk tu je?
renungilah ia.. :)


'Jika dunia ini tiada lagi orang baik sepertimana yang kita mahukan, maka kita sendirilah berusaha untuk menjadi demikian. Usah bertanya kepada dunia di mana manusia yang baik hati, tetapi tanyalah diri sendiri, adakah aku cukup baik untuk menghuni dunia ini?'


p/s - apa ada pada dunia ?



Friday, November 11, 2011

info hebat :)

Salam..
aku ada beberapa info yang aku dapat dari 'muka buku' kawan aku.heee~
rasanya amat berguna kott..jom baca... :)
sebelum tu nak tanya dulu..korang semua mesti ada handphone kan?
aku boleh kerat jari la lau korang kata Takde !!

1) NOMBOR KECEMASAN
Sentiasa ingat bahawa nombor
kecemasan untuk semua telefon
adalah 112.Jika korang dalam
kecemasan dan berada dikawasan
tiada liputan untuk semua talian
telefon bimbit yang korang
gunakan, cuba dail nombor
kecemasan 112.Ia boleh
digunakan walaupun di kawasan
yang tiada liputan dan lebih
menarik lagi,ia boleh terus didail
walaupun papan kekunci telefon
bimbit anda dikunci ( Keypad
lock )

2) KERETA TERKUNCI
Korang pernah tertinggal kunci
kereta dalam kereta dan kereta
korang time tu terkunci lak dari
luar.Mesti macam2 cara korang
buat nak dapatkan balik
kunci bagi membuka semula
kereta korang kan?.Jangan risau,telefon
bimbit boleh membantu,tapi bagi
kereta yang menggunakan system
penggera (alarm ) sahaja.
Caranya,cuba korang hubungi
seseorang yang berada di
rumah.Minta dia ambilkan kunci
pendua kereta korang.Kemudian
pegang telefon bimbit korang dari
jarak kira-kira 30 sm ( satu kaki )
dari kereta yang terkunci
itu.Minta pula keluarga atau
teman di rumah menekan punat
'ON ' pada kunci pendua kereta
dan pastikan dia menekan
dengan mendekatkan pada
telefon bimbitnya.Pasti kereta
korang tak terkunci lagi,malah ia
boleh dilakukan dari jarak
beratus-ratus kilometer dari
tempat kereta korang
berada.Kerana itu juga,penting
untuk korang menyimpan kunci
pendua atau meminta orang yang
dipercayai untuk
menyimpannya. Penting juga
penggunaan telefon bimbit dalam
keadaan sebegini.Kaedah ini
memang berkesan kerana
beberapa orang telah
mencubanya .
 *ni bagi mereka yang mempunyai kereta ya.macam aku ni memang tak berguna la..kihkih*
3) KUASA BATERI TERSEMBUNYI
Mungkin ramai tidak tahu,telefon
bimbit yang telah kehabisan
bateri masih boleh digunakan
dalam keadaan kecemasan
kerana ia mempunyai fungsi
untuk menyimpan bateri
tambahan.Bayangkan jika bateri
telefon bimbit anda sudah terlalu
lemah atau mati sedangkan anda
perlu melakukan panggilan
penting atau berada dalam
kecemasan.Telefon bimbit jenis
Nokia didatangkan dengan bateri
simpanan.Untuk mengatifkannya,
tekan kekunci ' *3370# ' . Telefon
bimbit anda akan berjaya
dihidupkan semula dan skrin
telefon akan memberitahu
telefon tentang penambahan
kuasa bateri sebanyak 50
peratus.Kuasa tambahan ini juga
akan dicas semula bila anda
mengecas telefon bimbit anda .
 
4) TELEFON KENA CURI
Bagaimana jika telefon bimbit
anda dicuri.Anda boleh
menjadikan ia tidak dapat
diaktifkan dengan menekan
nombor siri yang terdapat di
telefon bimbit anda,sila dail
*#06# dan 15 digit nombor siri
telefon bimbit anda akan tertera
di skrin.Nombor ini adalah unik
untuk setiap telefon
bimbit.Catatkan nombor siri ini
dan simpannya di tempat selamat.
Bila telefon bimbit anda
dicuri,anda boleh hubungi pusat
servis telefon bimbit anda dan
berikannya kod nombor siri
tersebut. Mereka kemudiannya
akan mengunci system dalam
telefon bimbit anda dan sesiapa
sahaja yang mencurinya pasti
hampa kerana walaupun kad
simnya telah ditukar,dia tidak
akan berupaya mengaktifkan
kembali telefon bimbit tersebut.
Jadi, walaupun ia di curi,namun
sekurang-kurangnya anda
berpuas hati kerana si pencuri
takkan boleh menggunakannya
ataupun menjualnya

 p/s - sejauh mana kebenaran tu wallahualam la..korang try2 la kott-kott menjadi ke kan..tapi yang no3 tu      hanya Nokia je yg boleh.fon lain hampeh kott~