Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Saturday, January 21, 2012

aku dah tua

Assalamualai'kum  :)
Have a nice day !



"Ya Allah ,, semakin jauh langkah umurku meniti hari, kupohon hidayahMu moga dihari lahirku ini, kau berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan RedhaMu . Amin ya Rabb  :)"

Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah yang paling indah. Subhanallah.
umur aku sekarang dah #teeeeet# . pada usia yang menuju kemudaan (^.^) ni macam-macam la perkara dah berlaku.. tak kira manis atau masam . :P

dan aku sangat bersyukur dikurniakan keluarga dan kawan2 sahabat2 yang memahami dan banyak memberikan aku dorongan dan nasihat. Aku sayang mereka semua. Mereka adalah anugerah yang terindah yang Allah kurniakan untuk aku . Alhamdulillah!

Ya Allah betapa indahnya pemberian yang engkau kurniakan kepadaku!!
Inshallah aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka didunia dan diakhirat .
Terima kasih kerana sentiasa berada disampingku !

Aku tahu kadang-kadang tu hubungan kita bercelaru. Itu lumrah manusia. Walaupun begitu korang sentiasa berada di hati !

I ♥ Them !!  ^.^





1st cake *Office 
2nd cake *Best Friend
3rd cake !! from Mak and Babah :)

Terima Kasih korang, wish my bufday siap dengan kek lagi...sumpah ! aku terharu weyh ! :'(


Sunday, January 15, 2012

apa dah jadi ?

Assalamualaikum.
Happy sunday !

Bila aku kene selsema susah bebeno nak baik..
kalau dah kene tu memang dah tak boleh nak buat hapa dah..tunggu jela sampai dia baik sendiri..





Selesema membuatkan aku rasa tak selesa dan terasa aku ni seperti orang bodo sebab kejap-kejap nak lap hidung.habis tisu sebandel pun tak cukup kott..
satu lagi bila nak lap hingus tu rasa macam serba salah pulak dgn orang sekeliling..yela,,terasa macam geli la pulak kan..even aku pun kadang macam tu jugak lau tengah dok syok-syok tiba-tiba dengar orang hembus hingus (*hembus eh?) ..huiihuii  ^.^

Jika korang selalu menghidapi selesama macam aku ni,
cubalah mana-mana petua kat bawah ni untuk mengatasi merawat selesema tu.

1)Ambil seketul halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya

2)Ambil secawan air didihan beras(waktu mendidih).Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

3)Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari

4)Selsema pada musim hujan atau panas boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.


p/s - Selamat Mencuba.. :) dengan izin Allah swt, InshAllah mudah-mudahan sembuh la ye..Amin

Tuesday, January 10, 2012

ha ! kan dah serik....

Assalamualaikum :)
happy wednesday.

okay,,firstly.look at the picture .





very nice shoes..inilah kasut sandal selipar (*apa2 ajelah) yang menarik perhatian aku !
simple and ber style kan ?? (*mungkin bg aku kott :) )

haku nak habak kat hang ni..haku ni memang gila online sale.macam-macam dah aku beli terutamanya baju dan beg. Bagi haku beli online ni lebih mudah sebab apa, ia menjimatkan masa haku untuk keluar gi shopping dan akhirnya tak bawak balik satu hapa pun barang. tu yang haku menyampah sekali !
dan kadang tu haku bawak balik barang merapu .
tapi keburukan yang aku benci sebab kadang tak sedar yang duit aku semakin kurang dlm bank sbb asyik transfer je..aduii..apa pun tak boleh !

okay berbalik pada asal...
kasut yang kat atas tu tu tu...disebabkan aku berkenan sangat..so,,aku belila dan untuk pertama kalinya aku beli kasut secara online..
kasut tu pre-order dan kene tunggu beberapa hari untuk dapat..tunggu punya tunggu sampai jugak kasut tu kat aku...dengan perasaan gembiranya aku pun bukak dan try la .. ngam doe ! yeehaaa :)



tapi......................................baru aku sedar rupanya lapisan atas kasut tu diperbuat dari 'ba alif ba ya' ..
sebab ada titik 3 kat kulit tu....macam ni ha !


ni aku cilok dari google !


jelas tak? nak lebih jelas tekan ni "ba alif ba ya" .
dan haku pun tak tau nak buat apa dgn kasut tu dan owner online shop tu pun tak tau yang kasut tu diperbuat dari "ba alif ba ya".dia hanyalah agent dropship shj..
tak kan aku nak pulang balik kott..kesian la pulak kat owner tu kan..emmm

tu jelah al-kisahnya..
lepas dari tu aku "serik" beli kasut online dah sampai sekarang walaupun ade jugak la usha-usha kasut2 cantik tapi aku dah takmo beli eh...

TAMMAT

p/s - nak beli barang online hati-hati ye...pastikan tanya details pasal barang yang nak beli tu..tak pun senang je lau rasa ragu-ragu TAK YAH la beli ... sekian wassalam  :)

Saturday, January 7, 2012

Apa salah dia ?

Salam..
happy saturday :)

harini aku tak kerja.so,bangun pagi-pagi terus online facebook.online email.online blog :)
dan terbaca satu kisah yang meruntuhkan menyentuh hati dan perasaan !


Kesan Apabila Mercun Dimasukkan Ke Dalam Mulut Anjing .



*aku tak tahu ape lah manusia durjana ni pikir , dan ape lah salah anjing ni sampai diseksa macam ni..
sekali tengok jer terus menitik air mata.. :(
*walaupun anjing tu haram, tak semestinya kita boleh buat sesuka hati terhadap anjing, anjing itu kan ciptaan Allah swt.

sebagai seorang manusia seperti aku dan korang semua dikurniakan akal fikiran kan.
tapi kenapa masih terjadi benda macam ni ye ? takde ke belas kasihan walaupun sikit dalam diri org yang buat ni . kejam !
apalah yang dia fikir sebelum buat benda ni.

p/s - semoga kau mendapat balasan yang setimpal dgn perbuatan kau ni.kau takkan boleh terlepas ! Ingat !
ALLAH swt memerhatikan kau !


Friday, January 6, 2012

zaman kanak2 riang :)

Salam semua :) have a nice day 
cilok dari google !
Anyonyonyonyo....omeinye die kan :)


Termenung ? benda nilah yang aku dok buat bila aku sorang-sorang..huhuhu
bukanya apa saja nak hilangkan kebosanan dan kadang tu fikirkan masa depan.
agak-agak apalah yang jadi kat aku nanti..
kadang tu terfikir zaman kanak-kanak rebina masa sekolah rendah dulu...
sampai aku tersenyum sendiri.macam orang gila pun ada.. ^.^
jom ingat balik zaman dulu !
Ingat tak benda nie?? :)

1- Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kat abah nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.*lau tak dapat duit korek tabung !! haha

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu sbb nanti dapat hadiah sapa paling 'banyak' baca.

4- Pakai pensel box yg boleh bukak depan blkg, pastu ade sharpener kat tengah2..

5- Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenar utk padam !
6- Kalau lepas guna sharpener jangan tiup sbb takut tumpul siap pesan dgn kwn2 yang pinjam.lagi2 lau sharpener tu baru beli.*tak silap harga masa tu 20sen kan.

7- Pakai pembaris yg bergerigi,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9- Bila time sportcheck kasut basuh ke tak..cepat2 curik kapor kat papan hitam lepas tu conteng kat kasut biar nampak putih..alih2 jadi warna kelabu asap...huhuhu

10- Datang sekolah awal2 pagi,pastu pinjam buku kawan sbb takut kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11- Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14- Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x menang2 gak.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..*aku tak nagis okey :)

16- Balik skola beli JoJo,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
 
17- Mintak mak beli tie yang ada zip kat belakang sbb senang nak pakai dan merupakan trend masa tu.*ni masa aku jadi pengawas darjah 3 or 4 mcm tu la..hehehe
18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban, Doraemon, Powerpuff Girls, dan mcm2 lg.(tang yg aku highlight tu adalah kegemaran aku! heee).Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 tak smpt layan bende2 gini..Asyik ngadap TV n PS je..
ce cuba try test tengok gamba kat bawah ni !
anak sapo la ni ye...heeee~ 
Setiap zaman akan sentiasa berubah..dan ini lah baru zaman kita..paling special aku rasa..mesti korang tersengeh2 lepas bace mende nih kan.:)

*Ada yg kena ngan korang ker? Tekan LIKE! (。◕‿◕。)

Monday, January 2, 2012

The Beautiful Engagement.

Assalamu'alaikum :)


This is my cousin engagement ceremony. 31/12/2011. Nabila Azuren Mazlan
Aku tak dapat hadir pada hari itu dan sebagai gantinya entri ni khas untuk dia..huhuhu :)
even aku tak dapat datang kerana tarikh bersilang dengan wedding day makcik sedara aku tapi aku dapat rasakan suasana yang sangat meriah..
jom semak-semak gamba dia  ^.^




Sory dear,,cilok tanpa pengetahuan ! heee


Nabila Azuren atau nama timangan *Uyen..hehehe
dan dia merupakan sepupu yang pertama melangsungkan pertunangan ! congrats yo ! :)
semoga pertunangan ini membawa kejinjang pelamin..Inshallah.Amin !





one happy family at home ! oppss,,i think ada sorang lagi tertinggal.

natural beauty..sebijik muka mak dia !




Nanti kawen jangan lupa jemput ya..Inshallah pasti datang ! :)

P/s - aku bila la lagi ekk?? hahaha :P

Sunday, January 1, 2012

Aloha 2012 .

Salam...
hai semua..

Ini merupakan post yang pertama dalam tahun 2012.
sambutan tahun baru semalam yang haku dgr meriah sangat kan?
sorry la haku taktau pun sebab aku tidoq awal semalam.
'new year pun entah kemana..hahaha..
aku memang  jarang taksambut  'newyear' ni sebab macam kapiaq je.
bila difikirkan balik sedih rasanya hati kerana umur kita semakin berusia kan.semakin hari semakin hampir kita dengan kematian.
dan yang paling sayunya sambutan maal hijrah deketepikan..
doa awal dan akhir tahun pun macam tak diendahkan je tak semeriah
letupan bunga api semalam..


cilok dari google !


Pandangan Islam Tentang Perayaan Tahun Baru

Islam, seperti yang diyakini oleh kita semua sebagai seorang Muslim, adalah agama yang syumul, ertinya ajaran ini merangkumi seluruh dimensi kehidupan manusia; dari peribadi, keluarga, masyarakat hingga negara; dari sosial, ekonomi, politik, hukum, keamanan, lingkungan, pendidikan hingga kebudayaan; dari etnis Arab ke Parsi hingga seluruh etnis manusia, dari kepercayaan dan akhlak, dari Adam hingga manusia terakhir, dari sejak kita bangun tidur hingga kita tidur kembali, dari kehidupan dunia hingga kehidupan akhirat.
Pandangan Islam terbahagi kepada dua iaitu yang mengharamkan dan yang menghalalkan.

1. Pendapat yang Mengharamkan
a. Perayaan Malam Tahun Baru Adalah Ibadah Orang Kafir.
Bahawa perayaan malam tahun baru pada hakikatnya adalah ritual ibadat bagi para pemeluk agama bangsa-bangsa di Eropah, baik yang Nasrani atau agama lainnya.

b. Perayaan Malam Tahun Baru Menyerupai Orang Kafir
Walaupun ada yang berpendapat bahawa perayaan malam tahun baru bergantung pada niatnya, namun paling tidak seorang muslim yang merayakan datangnya malam tahun baru itu sudah menyerupai ibadah orang kafir. Dan sekadar menyerupai itu pun sudah haram hukumnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Siapa yang menyerupai pekerjaan suatu kaum (agama tertentu), maka dia termasuk sebahagian dari mereka.
 c. Perayaan Malam Tahun Baru Penuh Maksiat
Berat untuk menyatakan bahawa kebanyakan orang-orang merayakan malam tahun baru dengan minum arak, berzina, tertawa dan hura-hura. Bahkan sanggup menghabiskan semalaman suntuk dengan perkara yang sia-sia. Padahal Allah SWT telah menjadikan malam untuk berisitrahat, bukan untuk melepak sepanjang malam, kecuali ketika kita hendak solat malam.

Maka sebab mengharamkan perayaan malam tahun baru buat umat Islam adalah supaya mencegah dan melindungi kita dari pengaruh buruk yang menjurus kita kearah maksiat.

2. Pendapat yang Menghalalkan
Pendapat yang menghalalkan,perayaan malam tahun baru Masehi tidak selalu bersangkutan dengan ritual agama tertentu. Semua bergantung pada niatnya. Kalau kita niat untuk 'berseronok' atau mengikut ajaran orang kafir, maka hukumnya haram. Tetapi jika tidak diniatkan mengikuti ajaran orang kafir, maka tidak ada larangannya baginya.
Motif bergantung pada niatnya. Kalau kita niatkan untuk merayakan, maka hukumnya haram.
Tapi kalau tidak diniatkan merayakan, maka hukumnya boleh-boleh aje.
seperti yang dilakukan segelintir pihak dengan mengadakan beberapa program alternatif bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012 seperti ceramah-ceramah agama dan juga pelbagai persembahan hiburan berunsur Islam kepada orang ramai.
Ini adalah salah satu cara mendidik masyarakat mendekatkan diri pada Allah swt dan mengamalkan kehidupan berunsurkan islamik.

Wallahu'alam..

P/s - Semoga damai dan kasih Allah swt mengisi setiap hari dalam hidup korang. Inshallah.Amin. :)