Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Wednesday, July 11, 2012


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه.



Ditulis oleh Kapten Hafiz Firdaus Abdullah
Sumber: http://hafizfirdaus.com/content/view/492/1/

Apakah ciri-ciri yang patut dicari dan dipertimbangkan oleh seorang wanita apabila dia ingin memilih calon suami? Berikut disenaraikan ciri-ciri yang penting, berdasarkan turutan kepentingannya.

Pertama: Agama.



Ciri pertama yang mesti diperhatikan ialah agama calon suami. Pastikan suami seorang muslim. Jika dia seorang bukan muslim, jemputlah dia ke arah agama Islam. Pastikan sebab utama dia memeluk Islam ialah kerana sayangkan Allah dan Rasulullah, bukan kerana sayangkan anda.

Jika calon memang beragama Islam, maka langkah seterusnya ialah memerhatikan tahap keislamannya. Kita tidak mahu Islam yang biasa-biasa, tetapi muslim yang berilmu, beriman dan beramal shalih.

Di sini calon suami bukanlah semestinya seorang ustaz berkelulusan jurusan agama. Akan tetapi dia hendaklah orang yang menaruh minat kepada Islam, berusaha untuk mendalami ilmu-ilmunya, rajin mengerjakan amal shalih dan menjauhi perkara mungkar. Ini penting kerana suami dipertanggungjawabkan untuk memelihara dirinya dan rumahtangganya dari api neraka. Allah berfirman: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka.” [al-Tahrim 66:06]

Perkara penting untuk turut diperhatikan, jangan hanya harap suami memiliki nilai agama yang bagus. Anda juga sebagai isteri mesti memiliki nilai agama yang baik agar dapat memainkan peranan sebagai isteri yang berilmu, beriman dan beramal shalih. Tidak dilupakan, sebagai isteri yang dapat menasihati dan membetulkan suami. Ini kerana kaum muslimin (lelaki) dan muslimat (perempuan) sebenarnya saling membantu antara satu sama lain:

Dan orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman, sebahagiannya menjadi penolong bagi sebahagian yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasul-Nya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. [al-Taubah 9:71]

Kedua: Keluarga.

Ciri kedua yang perlu diperhatikan ialah sikap calon suami kepada keluarganya, khasnya ibubapanya. Ini kerana Islam amat menekankan seorang anak untuk berbuat baik kepada ibubapanya. Rasulullah bersabda: “Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibubapa manakala kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibubapa.” [Shahih Sunan al-Tirmizi, no: 1899]

Maka calon suami itu jika dia memiliki kefahaman agama yang baik akan memastikan ibubapanya redha dan senang menerima anda sebagai bakal menantu. Jika tidak, dia akan bercakap dengan penuh hikmah dan hormat bagi menyakinkan ibubapanya menerima anda sebagai bakal menantu. Dia tidak akan membelakangkan ibubapanya kerana anda, dia tidak akan menderhakai ibubapanya kepada anda. Calon suami hendaklah pandai memainkan peranannya di jalan pertengahan di antara ibubapanya dan anda sebagai bakal isterinya.

Di antara ayah dan ibu, seorang anak hendaklah mengutamakan ibunya berdasarkan sabda Rasulullah: “Sesungguhnya syurga terletak di bawah tapak kakinya (ibu).” [Shahih Sunan al-Nasa’e, no: 3104] Justeru perhatikan bagaimana layanan calon suami terhadap ibunya kerana ia memiliki kaitan yang amat kuat dengan bagaimana dia bakal melayan anda sebagai isteri. Seorang anak lelaki yang melayan ibunya dengan penuh keprihatinan besar kemungkinan akan melayan bakal isterinya dengan penuh keprihatinan juga. Seorang anak lelaki yang mengabaikan ibunya besar kemungkinan akan mengabaikan isterinya juga.

Ketiga: Ciri Kepimpinan.

Lelaki – yakni suami – ialah pemimpin dalam sebuah institusi keluarga. Allah menyatakan tanggungjawab ini: “Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan.” [al-Nisa’ 4:36]

Maka hendaklah anda memerhatikan ciri-ciri kepimpinan calon suami anda. Berikan dia satu senario dan perhatikan bagaimana dia membuat keputusan. Berikan dia satu permasalahan dan perhatikan bagaimana dia menyelesaikannya. Berikan dia satu perancangan dan perhatikan bagaimana dia mengaturnya. Berikan dia satu amanah dan perhatikan bagaimana dia bertanggungjawab ke atasnya.

Berkenaan ciri kepimpnan ini, hendalah diketahui bahawa kebanyakan lelaki masa kini ketandusan ciri kepimpinan. Ini kerana kebanyakan ibubapa mendidik anak lelaki dengan cara membiarkan mereka bermain di luar rumah sesuka hati manakala anak perempuan dididik sikap tanggungjawab menguruskan adik-adik dan pelbagai urusan lain. Hasilnya, kebanyakan wanita bersikap dewasa dan bertanggungjawab manakala kebanyakan lelaki bersikap “sesuka hati” dan tidak memiliki hala tuju yang tertentu.

Berpijak atas sejarah pendidikan ini, maka janganlah mengharapkan calon suami memiliki ciri kepimpinan yang baik. Boleh dijangkakan dia lemah dalam bab ini, maka anda boleh memainkan peranan menyedarkannya dari tidur yang lena. Berikan dia masa dan ruang untuk meningkatkan ciri kepimpinannya.

Keempat: Kewangan.

Suami bertanggungjawab ke atas kewangan (nafkah) isterinya. Rasulullah mengingatkan para suami: “Bertaqwalah kepada Allah berkenaan isteri-isteri kalian….mereka memiliki hak di atas kamu, iaitu nafkah dan pakaian pada kadar yang berpatutan.” [Shahih Muslim, no: 2137]

Perlu dibezakan, tanggungjawab kewangan suami ke atas isteri bukanlah bererti suami mesti kaya. Tidak ada manfaat memiliki suami yang kaya tetapi kedekut, suami yang berharta tetapi tidak memberi nafkah, suami yang berstatus tinggi tetapi masih meminta duit isteri. Akan tetapi yang penting lagi bermanfaat ialah suami yang sedar tanggungjawabnya untuk memberi nafkah kepada isteri pada kadar yang dia mampu.

Perlu juga ditekankan, suami tetap wajib memberi nafkah kepada isteri sekalipun isteri memiliki harta atau pendapatan sendiri. Suami tidak boleh mengabaikan tanggungjawabnya memberi nafkah kepada isteri yang kaya atau berpendapatan, juga tidak boleh memaksa isteri mengeluarkan belanja untuk menampung kewangan keluarga. Isteri dibolehkan mengeluarkan belanja atas pilihan dirinya secara rela, bukan paksaan.

Kelima: Akhlaknya.

Ciri kelima yang tidak kurang penting ialah akhlak calon suami. Rasulullah menekankan: “Sesungguhnya tidaklah sikap santun terdapat pada sesuatu melainkan ia menghiasinya dan tidaklah ia (sikap santun) tercabut dari sesuatu melainkan ia memburukkannya.” [Shahih Muslim, no: 2594]

Cara penampilan, kekemasan pakaian, arah pandangan, bahasa percakapan, kesungguhan mendengar, kejujuran mengaku salah, rendah diri menerima teguran, sabar terhadap apa yang tidak diingini, tenang dalam suasana marah, senyum dalam suasana tenang dan tegas dalam suasana dizalimi, semuanya adalah akhlak mulia yang perlu diperhatikan.

Jangan sekadar memerhatikan akhlak calon suami kepada anda kerana lazimnya ia mestilah baik. Akan tetapi perhatikan akhlak dia kepada orang lain seperti ahli keluarga, rakan kerja, peniaga buah dan pelayan restoran. Dengan cara ini anda dapat bezakan sama ada akhlak baik yang ditunjukkan calon suami kepada anda adalah tulen atau pura-pura.

 

Tuesday, April 10, 2012

Sebuah Kematian II .

Assalamualaikum.. :)

Sambung balik kisah semalam. :)


Bila difikirkan balik,, untuk apa aku hidup kat dunia ni?
adakah untuk makan n minum? belajar? berkawan? shopping?
bercinta? and then kawin ? <---- of course ! ^^

itu semua belum cukup untuk aku menghadapi kematian..
dan aku pernah terfikir 'bagusnya kalau aku tahu bila ajalku?'
dari situ bolehla aku bersiap sedia untuk bekalan akhirat..
tapi tidak sama sekali..
kalau macam tu alamatnya semua orang masuk 'syuuurgaaa'~  hehee


7 Hari Tanda Sebelum Kematian

Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.


 3 Hari Tanda Sebelum Kematian


Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri.

Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.

Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.
Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masukke dalam.
Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.


1 Hari Tanda Sebelum Kematian


Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.


Nazak atau Tanda Akhir


Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.

Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikatmaut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.


*Meskipun tiada dalil dan hadis yang sah mengenai tanda-tanda kematian ini dan hanya berdasarkan apa yang diriwayatkan oleh Imam Al-Ghazali dimana beliau menyedari akan hal ini dan Beliau menyediakan dirinya dengan segala persiapan termasuk mandinya, wuduknya serta kafannya sekali cuma ketika sampai bahagian tubuh dan kepala sahaja beliau telah memanggil abangnya iaitu Imam Ahmad Ibnu Hambal untuk menyambung tugas tersebut. Beliau wafat ketika Imam Ahmad bersedia untuk mengkafankan bahagian mukanya.


 Wallahu~

Monday, April 9, 2012

Sebuah Kematian .

Assalamualaikum <3

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat Allah swt..  :)

cilok dari google ! dan gamba ni jugak aku buat desktop background ! weeee~ :)


Bersediakah kita untuk mati?

Dengan bergelumangnya dosa-dosa yang aku pikul sekarang ni memang aku tak bersedia untuk mati..
Aku hanya manusia biasa..sering kali Khilaf . aku sentiasa mencuba yang terbaik untuk hidup aku.
InshAllah ..

Kadang aku merasa bosan hidup kat dunia yang penuh dengan dugaan hidup yang tak pernah putus..
dan aku hanya bertahan melewati sisa-sisa hidup dan pelbagai masalah yang aku tempuh dgn cebisan kata-kata :

"Jangan mengeluh dengan setiap apa yang berlaku,,kerana itulah yang dinamakan kehidupan"


“Ya Allah...

Jika ujian ini untuk menguji keimananku, berilah aku kekuatan, keimanan dan ketaqwaan. Jika ujian ini untuk kaffarah dosa-dosaku, berilah aku kesabaran dan keredhaan.”



Tanda-tanda Kematian.

100 Hari Tanda Sebelum Kematian


Tanda ini berlaku selepas asar.Seluruh tubuh iaitu bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki menggeletar atau menggigil.

Contohnya seperti daging lembu yang baru disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian , tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.

Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.


“Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah. ..”semasa sakaratul maut menghampiri kami.


Amin..Ya Rabb..


40 Hari Tanda Sebelum Kematian


Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT.

Maka malaikatmaut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi malaikatmaut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

Adapun malaikatmaut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.


*Continue

Sunday, March 4, 2012

10 sebab saya ♥ awak

Salam ..entri jiwang harini..apa pun tak boleh  -______- "

















Hai awak . :)

Tiap kali kita jumpa..awak mesti tanya kenapa saya sayang awak?
tapi tiap kali tu saya senyap.membisu.membatu.
itu buat awak terkilan bukan?
maaf..saya bukan taknak cakap.tapi.....
awak nak tau kenapa saya sayang awak ? 
http://www.emocutez.com
1 - awak yang ada dalam hati saya.http://www.emocutez.com

2 - awak amik berat pasal saya.http://www.emocutez.com
3 - awak lengkapkan kekosongan kat hati saya.http://www.emocutez.com
4 - awak sudi dengar masalah saya sampai http://www.emocutez.com
  awak yang fening fikirkan masalah tu.

5 - awak cuba fahami siapa diri saya.http://www.emocutez.com
6 - awak selalu jumpa saya. bawak saya jalan-jalan.http://www.emocutez.com

7 - awak buat saya rasa tenang bila bersama awak.http://www.emocutez.com

8 - awak tak pernah lupa siapa diri saya pada awak.http://www.emocutez.com

9 - awak sanggup teman saya.borak-borak dengan saya http://www.emocutez.com
kalau saya tak boleh tido.



last sekali.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
10 - awak bagi pinjam bahu awak kat saya. ngeh  :P http://www.emocutez.com


P/s - Ku telah jatuh cinta - agnes monica  ^ ^  http://www.emocutez.com



wordless I



Sunday, February 26, 2012

Shopping at ZerraBoutiq !!

Salam semua..
Happy Sunday!!

Rasa-rasanya ramai lagi yang TAK TAU yang aku sekarang ada
bisnes online cinonet minonet.. ^ ^
Dikenali sebagai ZerraBoutiq..



Perniagaan online shop aku ni pada mulanya lebih kepada jualan jam tangan replica.
tapi disebabkan tidak berkesempatan mengambil stok-stok baru so aku stopkan penjualan jam tangan replica ni dan mula memfocuskan kepada jualan baju-baju berstyle korea dan jepun .. ^ ^
aku lebih suka buat bisnes online dari bisnes reality? sebab tak perlu keluar banyak modal .
selain menjimatkan masa aku..

Kat bawah ni aku tepek la sikit baju-baju yang aku jual..
Jom tengok !!  ^ ^





Barang-barang yang aku jual adalah secara pre-order dan 
juga ada yang ready stock tapi tak banyak.
Kott ada yang korang semua berkenan especially yang 'gigirl' boleh la 'add as friend' ZerraBoutiq untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut..
Kalau nak usha-usha je pun boleh...no hal la  :)



Jom usha MyOnlineShop di laman facebook :
     ZERRA.BOUTIQ


Friday, February 10, 2012

Kisah Hati .

Salam..
have a nice day.. :)

Kali ni entri ke arah luahan isi hati paling dalam...cehhh~ :P
mungkin untuk detik ini aku perlu buka ruang dan peluang untuk cinta.


Cinta ..

Perkataan sakti ..
mampu menggetar jiwa.
menjadi pendorong.
umpama tiupan nafiri
yang menggerakkan tarian wayang kulit
ajaib .
xtersangka .
manis

*S.I*

cinta pertama dan kedua yg dah aku lepaskan hanyalah sekadar ujian.Maybe.
untuk mengajar aku menjadi lebih matang.
Alhamdulillah..

“Ya Allah… Cukuplah Engkau saja yang menjadi pemeliharaku di dunia dan akhirat kelak. Dengarkanlah rintihan hamba-Mu yang dhaif ini. Jangan Engkau biarkan aku sendirian di dunia ini maupun di akhirat kelak. Sebab itu menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran. Maka, kuruniakanlah aku seorang pasangan yang beriman, supaya aku dan dia dapat membina kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai. Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh,
Amin… Amin… Ya Rabbal Alamin.”


P/s : Cinta . Perasaan yang amat aneh. ILY *wink  ^.^

Saturday, January 21, 2012

aku dah tua

Assalamualai'kum  :)
Have a nice day !



"Ya Allah ,, semakin jauh langkah umurku meniti hari, kupohon hidayahMu moga dihari lahirku ini, kau berkatilah umurku dan izinkan aku semakin dekat dengan RedhaMu . Amin ya Rabb  :)"

Alhamdulillah aku masih bernafas di bumi Allah yang paling indah. Subhanallah.
umur aku sekarang dah #teeeeet# . pada usia yang menuju kemudaan (^.^) ni macam-macam la perkara dah berlaku.. tak kira manis atau masam . :P

dan aku sangat bersyukur dikurniakan keluarga dan kawan2 sahabat2 yang memahami dan banyak memberikan aku dorongan dan nasihat. Aku sayang mereka semua. Mereka adalah anugerah yang terindah yang Allah kurniakan untuk aku . Alhamdulillah!

Ya Allah betapa indahnya pemberian yang engkau kurniakan kepadaku!!
Inshallah aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan mereka didunia dan diakhirat .
Terima kasih kerana sentiasa berada disampingku !

Aku tahu kadang-kadang tu hubungan kita bercelaru. Itu lumrah manusia. Walaupun begitu korang sentiasa berada di hati !

I ♥ Them !!  ^.^





1st cake *Office 
2nd cake *Best Friend
3rd cake !! from Mak and Babah :)

Terima Kasih korang, wish my bufday siap dengan kek lagi...sumpah ! aku terharu weyh ! :'(


Sunday, January 15, 2012

apa dah jadi ?

Assalamualaikum.
Happy sunday !

Bila aku kene selsema susah bebeno nak baik..
kalau dah kene tu memang dah tak boleh nak buat hapa dah..tunggu jela sampai dia baik sendiri..





Selesema membuatkan aku rasa tak selesa dan terasa aku ni seperti orang bodo sebab kejap-kejap nak lap hidung.habis tisu sebandel pun tak cukup kott..
satu lagi bila nak lap hingus tu rasa macam serba salah pulak dgn orang sekeliling..yela,,terasa macam geli la pulak kan..even aku pun kadang macam tu jugak lau tengah dok syok-syok tiba-tiba dengar orang hembus hingus (*hembus eh?) ..huiihuii  ^.^

Jika korang selalu menghidapi selesama macam aku ni,
cubalah mana-mana petua kat bawah ni untuk mengatasi merawat selesema tu.

1)Ambil seketul halia yang telah dibersihkan. Hidu baunya

2)Ambil secawan air didihan beras(waktu mendidih).Biarkan suam barulah diminum. Amalkan selalu sehingga rasa gatal atau kering pada tekak itu sembuh.

3)Letakkan sedikit kapur sirih, dua titik minyak kayu putih di atas sehiris limau. Panggang dan perah airnya. Kemudian minum sekali sehari

4)Selsema pada musim hujan atau panas boleh diubati dengan cara membasahkan ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.


p/s - Selamat Mencuba.. :) dengan izin Allah swt, InshAllah mudah-mudahan sembuh la ye..Amin

Tuesday, January 10, 2012

ha ! kan dah serik....

Assalamualaikum :)
happy wednesday.

okay,,firstly.look at the picture .





very nice shoes..inilah kasut sandal selipar (*apa2 ajelah) yang menarik perhatian aku !
simple and ber style kan ?? (*mungkin bg aku kott :) )

haku nak habak kat hang ni..haku ni memang gila online sale.macam-macam dah aku beli terutamanya baju dan beg. Bagi haku beli online ni lebih mudah sebab apa, ia menjimatkan masa haku untuk keluar gi shopping dan akhirnya tak bawak balik satu hapa pun barang. tu yang haku menyampah sekali !
dan kadang tu haku bawak balik barang merapu .
tapi keburukan yang aku benci sebab kadang tak sedar yang duit aku semakin kurang dlm bank sbb asyik transfer je..aduii..apa pun tak boleh !

okay berbalik pada asal...
kasut yang kat atas tu tu tu...disebabkan aku berkenan sangat..so,,aku belila dan untuk pertama kalinya aku beli kasut secara online..
kasut tu pre-order dan kene tunggu beberapa hari untuk dapat..tunggu punya tunggu sampai jugak kasut tu kat aku...dengan perasaan gembiranya aku pun bukak dan try la .. ngam doe ! yeehaaa :)



tapi......................................baru aku sedar rupanya lapisan atas kasut tu diperbuat dari 'ba alif ba ya' ..
sebab ada titik 3 kat kulit tu....macam ni ha !


ni aku cilok dari google !


jelas tak? nak lebih jelas tekan ni "ba alif ba ya" .
dan haku pun tak tau nak buat apa dgn kasut tu dan owner online shop tu pun tak tau yang kasut tu diperbuat dari "ba alif ba ya".dia hanyalah agent dropship shj..
tak kan aku nak pulang balik kott..kesian la pulak kat owner tu kan..emmm

tu jelah al-kisahnya..
lepas dari tu aku "serik" beli kasut online dah sampai sekarang walaupun ade jugak la usha-usha kasut2 cantik tapi aku dah takmo beli eh...

TAMMAT

p/s - nak beli barang online hati-hati ye...pastikan tanya details pasal barang yang nak beli tu..tak pun senang je lau rasa ragu-ragu TAK YAH la beli ... sekian wassalam  :)

Saturday, January 7, 2012

Apa salah dia ?

Salam..
happy saturday :)

harini aku tak kerja.so,bangun pagi-pagi terus online facebook.online email.online blog :)
dan terbaca satu kisah yang meruntuhkan menyentuh hati dan perasaan !


Kesan Apabila Mercun Dimasukkan Ke Dalam Mulut Anjing .



*aku tak tahu ape lah manusia durjana ni pikir , dan ape lah salah anjing ni sampai diseksa macam ni..
sekali tengok jer terus menitik air mata.. :(
*walaupun anjing tu haram, tak semestinya kita boleh buat sesuka hati terhadap anjing, anjing itu kan ciptaan Allah swt.

sebagai seorang manusia seperti aku dan korang semua dikurniakan akal fikiran kan.
tapi kenapa masih terjadi benda macam ni ye ? takde ke belas kasihan walaupun sikit dalam diri org yang buat ni . kejam !
apalah yang dia fikir sebelum buat benda ni.

p/s - semoga kau mendapat balasan yang setimpal dgn perbuatan kau ni.kau takkan boleh terlepas ! Ingat !
ALLAH swt memerhatikan kau !


Friday, January 6, 2012

zaman kanak2 riang :)

Salam semua :) have a nice day 
cilok dari google !
Anyonyonyonyo....omeinye die kan :)


Termenung ? benda nilah yang aku dok buat bila aku sorang-sorang..huhuhu
bukanya apa saja nak hilangkan kebosanan dan kadang tu fikirkan masa depan.
agak-agak apalah yang jadi kat aku nanti..
kadang tu terfikir zaman kanak-kanak rebina masa sekolah rendah dulu...
sampai aku tersenyum sendiri.macam orang gila pun ada.. ^.^
jom ingat balik zaman dulu !
Ingat tak benda nie?? :)

1- Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kat abah nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.*lau tak dapat duit korek tabung !! haha

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3- Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu sbb nanti dapat hadiah sapa paling 'banyak' baca.

4- Pakai pensel box yg boleh bukak depan blkg, pastu ade sharpener kat tengah2..

5- Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sebenar utk padam !
6- Kalau lepas guna sharpener jangan tiup sbb takut tumpul siap pesan dgn kwn2 yang pinjam.lagi2 lau sharpener tu baru beli.*tak silap harga masa tu 20sen kan.

7- Pakai pembaris yg bergerigi,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9- Bila time sportcheck kasut basuh ke tak..cepat2 curik kapor kat papan hitam lepas tu conteng kat kasut biar nampak putih..alih2 jadi warna kelabu asap...huhuhu

10- Datang sekolah awal2 pagi,pastu pinjam buku kawan sbb takut kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11- Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14- Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x menang2 gak.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..*aku tak nagis okey :)

16- Balik skola beli JoJo,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.
 
17- Mintak mak beli tie yang ada zip kat belakang sbb senang nak pakai dan merupakan trend masa tu.*ni masa aku jadi pengawas darjah 3 or 4 mcm tu la..hehehe
18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban, Doraemon, Powerpuff Girls, dan mcm2 lg.(tang yg aku highlight tu adalah kegemaran aku! heee).Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 tak smpt layan bende2 gini..Asyik ngadap TV n PS je..
ce cuba try test tengok gamba kat bawah ni !
anak sapo la ni ye...heeee~ 
Setiap zaman akan sentiasa berubah..dan ini lah baru zaman kita..paling special aku rasa..mesti korang tersengeh2 lepas bace mende nih kan.:)

*Ada yg kena ngan korang ker? Tekan LIKE! (。◕‿◕。)

Monday, January 2, 2012

The Beautiful Engagement.

Assalamu'alaikum :)


This is my cousin engagement ceremony. 31/12/2011. Nabila Azuren Mazlan
Aku tak dapat hadir pada hari itu dan sebagai gantinya entri ni khas untuk dia..huhuhu :)
even aku tak dapat datang kerana tarikh bersilang dengan wedding day makcik sedara aku tapi aku dapat rasakan suasana yang sangat meriah..
jom semak-semak gamba dia  ^.^




Sory dear,,cilok tanpa pengetahuan ! heee


Nabila Azuren atau nama timangan *Uyen..hehehe
dan dia merupakan sepupu yang pertama melangsungkan pertunangan ! congrats yo ! :)
semoga pertunangan ini membawa kejinjang pelamin..Inshallah.Amin !





one happy family at home ! oppss,,i think ada sorang lagi tertinggal.

natural beauty..sebijik muka mak dia !




Nanti kawen jangan lupa jemput ya..Inshallah pasti datang ! :)

P/s - aku bila la lagi ekk?? hahaha :P