Friends :)

LIKE jika anda SUKA :)

Sunday, January 1, 2012

Aloha 2012 .

Salam...
hai semua..

Ini merupakan post yang pertama dalam tahun 2012.
sambutan tahun baru semalam yang haku dgr meriah sangat kan?
sorry la haku taktau pun sebab aku tidoq awal semalam.
'new year pun entah kemana..hahaha..
aku memang  jarang taksambut  'newyear' ni sebab macam kapiaq je.
bila difikirkan balik sedih rasanya hati kerana umur kita semakin berusia kan.semakin hari semakin hampir kita dengan kematian.
dan yang paling sayunya sambutan maal hijrah deketepikan..
doa awal dan akhir tahun pun macam tak diendahkan je tak semeriah
letupan bunga api semalam..


cilok dari google !


Pandangan Islam Tentang Perayaan Tahun Baru

Islam, seperti yang diyakini oleh kita semua sebagai seorang Muslim, adalah agama yang syumul, ertinya ajaran ini merangkumi seluruh dimensi kehidupan manusia; dari peribadi, keluarga, masyarakat hingga negara; dari sosial, ekonomi, politik, hukum, keamanan, lingkungan, pendidikan hingga kebudayaan; dari etnis Arab ke Parsi hingga seluruh etnis manusia, dari kepercayaan dan akhlak, dari Adam hingga manusia terakhir, dari sejak kita bangun tidur hingga kita tidur kembali, dari kehidupan dunia hingga kehidupan akhirat.
Pandangan Islam terbahagi kepada dua iaitu yang mengharamkan dan yang menghalalkan.

1. Pendapat yang Mengharamkan
a. Perayaan Malam Tahun Baru Adalah Ibadah Orang Kafir.
Bahawa perayaan malam tahun baru pada hakikatnya adalah ritual ibadat bagi para pemeluk agama bangsa-bangsa di Eropah, baik yang Nasrani atau agama lainnya.

b. Perayaan Malam Tahun Baru Menyerupai Orang Kafir
Walaupun ada yang berpendapat bahawa perayaan malam tahun baru bergantung pada niatnya, namun paling tidak seorang muslim yang merayakan datangnya malam tahun baru itu sudah menyerupai ibadah orang kafir. Dan sekadar menyerupai itu pun sudah haram hukumnya, sebagaimana sabda Rasulullah SAW:
Siapa yang menyerupai pekerjaan suatu kaum (agama tertentu), maka dia termasuk sebahagian dari mereka.
 c. Perayaan Malam Tahun Baru Penuh Maksiat
Berat untuk menyatakan bahawa kebanyakan orang-orang merayakan malam tahun baru dengan minum arak, berzina, tertawa dan hura-hura. Bahkan sanggup menghabiskan semalaman suntuk dengan perkara yang sia-sia. Padahal Allah SWT telah menjadikan malam untuk berisitrahat, bukan untuk melepak sepanjang malam, kecuali ketika kita hendak solat malam.

Maka sebab mengharamkan perayaan malam tahun baru buat umat Islam adalah supaya mencegah dan melindungi kita dari pengaruh buruk yang menjurus kita kearah maksiat.

2. Pendapat yang Menghalalkan
Pendapat yang menghalalkan,perayaan malam tahun baru Masehi tidak selalu bersangkutan dengan ritual agama tertentu. Semua bergantung pada niatnya. Kalau kita niat untuk 'berseronok' atau mengikut ajaran orang kafir, maka hukumnya haram. Tetapi jika tidak diniatkan mengikuti ajaran orang kafir, maka tidak ada larangannya baginya.
Motif bergantung pada niatnya. Kalau kita niatkan untuk merayakan, maka hukumnya haram.
Tapi kalau tidak diniatkan merayakan, maka hukumnya boleh-boleh aje.
seperti yang dilakukan segelintir pihak dengan mengadakan beberapa program alternatif bagi menyambut kedatangan tahun baru 2012 seperti ceramah-ceramah agama dan juga pelbagai persembahan hiburan berunsur Islam kepada orang ramai.
Ini adalah salah satu cara mendidik masyarakat mendekatkan diri pada Allah swt dan mengamalkan kehidupan berunsurkan islamik.

Wallahu'alam..

P/s - Semoga damai dan kasih Allah swt mengisi setiap hari dalam hidup korang. Inshallah.Amin. :)


No comments: